Guru Ganti

Assalamualaikum ..

ehem ehem dah masuk hari ke 11 kita berpuasa .
dah lebih 3 bulan sy bekerja sebagai guru ganti .. di sekolah tuttt rahsia la kann hehe sebuah sekolah kampung . seronok sangat ... btw sy kena sambung mengajar lagi di sekolah tu ... gembira la jugak sebab dapat keje dekat dengan rumah , jalan tak jem . selalu 5 minit masa mengajar , sy baru sampai sekolah hahahaha bila dah dekat . jadi cmni la yerr ... pengalaman yang cukup bermakna bila jadi guru ni ... iskk susah nak digambarkan dengan kata kata kata hehehe :O

niat tunggu konvo bulan 9  ... lepas tu, kena cari kerja betol2 dah !! xleh dah duk kampung :(

kena betol2 manfaatkan masa bersama keluarga la katakauu hahaha :)


Puasa jangan tak puasa 2014

Assalamualaikum




Ramadhan kembali lagi . Bersyukur kepada Allah SWT kerana diberi peluang untuk merasai bulan ramadhan tahun 2014 . Masih diberi kesihatan yang baik untuk menjalankan rukun islam yang ke empat iaitu berpuasa di bulan ramadhan. Alhamdulillah syukur Ya Allah SWT.


Berpuasa di bulan Ramadan adalah rukun Islam yang bersifat mendidik jiwa. Allah SWT sendiri mejamin akan memberikan pahala yang tidak terhad jumlahnya kepada mereka yang berpuasa, kerana amalan ini bersifat ‘tersembunyi’ dan tidak dapat dilihat seperti solat, haji dan zakat. Hanya orang berkenaan sahaja yang tahu sama ada dia berpuasa atau tidak, puasa ‘yang yuk’ atau puasa apa maqamnya.

Rasulullah SAW menukilkan: “Semua amal anak Adam a.s dilipatgandakan kebaikan (pahala) dari 10 sampai 700 kali ganda; kecuali ibadah puasa. Ada pun puasa itu adalah untuk Allah s.w.t.. dan Dia akan terus memberikan pahala kepada sekalian (yang mengerjakannya),” (Riwayat Muslim)






Note: Ramadhan , please guide me to be a better person