Puasa jangan tak puasa 2014

Assalamualaikum




Ramadhan kembali lagi . Bersyukur kepada Allah SWT kerana diberi peluang untuk merasai bulan ramadhan tahun 2014 . Masih diberi kesihatan yang baik untuk menjalankan rukun islam yang ke empat iaitu berpuasa di bulan ramadhan. Alhamdulillah syukur Ya Allah SWT.


Berpuasa di bulan Ramadan adalah rukun Islam yang bersifat mendidik jiwa. Allah SWT sendiri mejamin akan memberikan pahala yang tidak terhad jumlahnya kepada mereka yang berpuasa, kerana amalan ini bersifat ‘tersembunyi’ dan tidak dapat dilihat seperti solat, haji dan zakat. Hanya orang berkenaan sahaja yang tahu sama ada dia berpuasa atau tidak, puasa ‘yang yuk’ atau puasa apa maqamnya.

Rasulullah SAW menukilkan: “Semua amal anak Adam a.s dilipatgandakan kebaikan (pahala) dari 10 sampai 700 kali ganda; kecuali ibadah puasa. Ada pun puasa itu adalah untuk Allah s.w.t.. dan Dia akan terus memberikan pahala kepada sekalian (yang mengerjakannya),” (Riwayat Muslim)






Note: Ramadhan , please guide me to be a better person



Delete Gambar Di Instagram


Hai , cara mudah untuk delete gambar di instagram. Tak payah dah susah susah nak klik satu-satu nak delete kan .  Kat bawah ni adalah cara nak delete gambar bagi pengguna Android . Mudah sahaja :)


1) Pergi ke My File

2) Cari Folder Pictures

3) Cari Folder Instagram

4) Pilih nak delete yang mana dan confirm , kalau tak nak boleh cancel

note : senang kan ? :)